HALO SONG

Rabu, Jun 22, 2016

[TEASER] Mrs Flower And Mr Playboy

[TEASER]
Mrs Flower And Mr Playboy


~WATAK UTAMA~



MINSUNG (ROMEO)



SOWON (G-FRIEND)

----------------------------------------------------------------------------

Watak Sampingan:-

  • Sorn (CLC) - Rakan Sowon di tempat kerja.
  • Arin (OMG) - Adik Sowon.
  • Yeoreum (HeLOVEnus) - Girlfriend Minsung (1).
  • Solbin (Laboum) - Girlfriend Minsung (2).
  • Yeeun (Blady) - Girlfriend Minsung (3).
  • Chahee (Melody Day) - Girlfriend (4).

[TEASER] Hate But Love

[TEASER]
Hate But Love

~WATAK UTAMA~


SOJIN (NINE MUSES)




KOGYEOL (UP10TION)



----------------------------------------------------------------------------

Watak Sampingan:-

  • Park Je Up (Imfact) - Rakan Kogyeol
  • Hwan (Roadboyz) - Rakan Kogyeol
  • Keumjo (Nine Muses) - Rakan Sojin
  • Jaeyong (HALO) - Rakan  Sojin

Selasa, Jun 21, 2016

My Wife Is My College Teacher (THE MOVIE)



Masa yang diambil dalam pembikinan '' My Wife Is My College Teacher''
[ 20/05/16 ~ 21/06/16 ]


Kriikk! Kriikk! Kriikk!


Eunwoo: Oh my God! Aku akan lewat pada semesta akhir!. Mana kunci kereta ni?

Eunwoo seorang pelajar kolej jurusan Sains dan Teknologi dan sekarang dalam tahun akhir semesta. Banyak kejadian-kejadian yang lucu berlaku disebalik kisah Eunwoo dan di sekelilingnya. Sesudah sampai dikolej, Eunwoo terus berlalu ke kelasnya.

Eunwoo: Alamak! Cikgu dah masuklah pula! macam mana aku nak masuk ni?
Taehyung: Mana Eunwoo ni? sesat ke? 
Dino: Macam tak biasa pula dengan dia, lupa kunci jam lagi lah tu.
Taehyung: Lupa kunci ke tak ada langsung? kalau tak ada boleh aku sedekahkan jam lonceng aku.
Jaejin: Lepas tu, kau pula yang lewat datang, kan?
Eunwoo: Yah! yah! Dino!
Dino: Hmmm... (memandang ke arah pintu dan lambai sambil tersenyum)
Eunwoo: Tolong! tolong! (dengan nada perlahan sambil sembah sembah)
Dino: OK! (sambil menunjukan isyarat tangan)
Jaejin: Kau buat apa tu? (pandang kearah pintu) ohh...
Cikgu XXX: Faham semua?
Dino: Cikgu! (angkat tangan)
Cikgu XXX: Ya Dino? 
Dino: Saya kurang fahamlah cikgu soalan yang tu.
Cikgu XXX: Yang ni ke?
Dino: Ya cikgu!

Cikgu pun menerangkan semula soalan yang ditanyakan itu. Dalam masa yang sama, Dino memberi arahan kepada Eunwoo untuk masuk kedalam kelas. Tetapi.....

Eunwoo: Cepat! cepat! (dengan nada perlahan)
Cikgu XXX: Baru sampai ke Eunwoo?
Eunwoo: Hehehe (hanya mampu tersenyum)
Cikgu XXX: Letak beg awak sekarang dan berdiri dekat luar kelas! sekarang!

Eunwoo pun berdiri sampai kelas tamat. Setelah kelas tamat.

Cikgu XXX: Masuk.
Eunwoo: Terima kasih cikgu.
Dino: So... apa cerita?
Eunwoo: Terlajak tidurlah.. aduh!
Jaejin: Taehyung cakap dia nak bagi kau jam lonceng kalau kau tak ada?
Eunwoo: Dia nak bagi apa? bangun pun mak dia gerak.
Taehyung: Mak aku tulah jam lonceng aku.. hehehe.
Jaejin: Patutlah.....
Taehyung: Apa yang kau patutkan? 
Jaejin: tak ada apa-apa~
Dino: Jom lepak dekat kafe balik kelas nanti? 
Taehyung: Jomlah! aku dah lama tak lepak-lepak ni.
Jaejin: Aku tak ada masalah. 
Dino: Eunwoo? nak join kami tak?
Eunwoo: Aku ada kerja sikitlah nak buat, Korang pergilah.
Taehyung: Kau aku tengok dah jarang keluar lepak dengan kami. Ada masalah ke?
Eunwoo: Taklah.. kan aku cakap, aku ada kerja sikit nak buat. Lain kali sajalah aku ikut.
Dino: Okaylah.

Setelah kelas tamat, mereka pun beredar untuk pulang ke rumah. Tapi Eunwoo masih di dalam kelas menunggu seseorang...

Eunwoo: (bernyanyi)
XXX: Jom balik rumah.
Eunwoo: (sambil berpaling ke pintu) .. kenapa awak tak gerak saya pagi tadi? (dengan muka yang marah)
Gayoung  : Saya dah gerak awak banyak kali, awak cakap ''OK'' .. ke awak sambung tidur balik?

Gayoung ialah isteri kepada Eunwoo. Mereka telah berkahwin 3 bulan lepas. Perbezaan umur mereka hanyalah 4 tahun, tapi Eunwoo lebih kelihatan matang dari segi tingkah laku. Pertemuan pertama mereka adalah masa Eunwoo pergi bercuti di sebuah pulau selepas tamat sekolah menengah.

Gayoung: Marahkan saya ke? sebab halau awak keluar kelas?
Eunwoo: Tak adalah, awak garang sangat tadi, terkejut saya dibuatnya.
Gayoung: Kalau saya cakap baik-baik nanti pelajar lain rasa pelik pula.
Eunwoo: walau ya pun, janganlah menjerit.
Gayoung: Sorry~ jom balik?
Eunwoo: Pergilah keluar dulu.
Gayoung: Okay!

Di rumah~

Gayoung: Abang! abang pergi mana? penat saya tunggu. Pintu berkunci.
Eunwoo: Awak keluar tadi tak bawa kunci sendiri ke?
Gayoung: Lupa~
Eunwoo: Abang pergi kedai sekejap. Beli kek beras.
Gayoung: Abang nak apa makan malam ni?
Eunwoo: Hmmm... (sambil berfikir) .. apa apa sajalah. Asalkan boleh makan.
Gayoung: OK!

Masuk sahaja ke rumah~

Eunwoo: Abang nak mandi dulu.
Gayoung: Ok! Saya siapkan makan malam.
Eunwoo: Ok!

Eunwoo pun menuju kebilik air dan dalam masa yang sama, Eunwoo memikirkan masa depannya yang agak rumit.

Eunwoo: Dah 3 bulan, Gayoung sara makan minum aku. Arhh! cepatlah graduasi!

Selesai saja Eunwoo mandi~

Gayoung: sudah?
Eunwoo: Hmmm~
Gayoung: Ok! saya nak mandi pula. Abang makanlah dulu, ya?
Eunwoo: Kita makan sama-sama. Abang tunggu.
Gayoung: Baiklah (sambil tersenyum)

Selang beberapa minit~

Gayoung: Saya dah selesai jom makan.
Eunwoo: Mari.
Gayoung: Macam mana masakan saya hari ni?
Eunwoo: Hmmm ... macam biasa, sedap!
Gayoung: Yeah! makan banyak-banyak.
Eunwoo: Sayang~
Gayoung: ya? Abang nak apa-apa ke?
Eunwoo: Maaf!
Gayoung: Maaf? untuk apa?
Eunwoo: dah 3 bulan kita berkahwin, Sayang yang sara abang. Abang malu dan terburu-buru kahwini sayang sedangkan abang tahu yang abang masih lagi belajar dan....

Tidak sempat Eunwoo mehabiskan ayatnya Gayoung menutup mulut Eunwoo.

Gayoung: (sambil mengeling kepala) bila abang graduasi?
Eunwoo: Lagi 6 bulan.
Gayoung: Lagi 6 bulan saya akan sara abang. Abang jangan risau, Saya percaya yang abang akan sara saya suatu hari nanti.
Eunwoo: Nanti lepas graduasi, abang akan kerja dengan ayah.
Gayoung: Baguslah tu! saya akan sentiasa sokong abang.
Eunwoo: Nanti kalau abang dah kerja dan dapat gaji, abang bayar balik semuanya.
Gayoung: Hmmmm... OK!

6 bulan kemudian~
( Hahaha pitamlah kalau buat cerita sampai 6 bulan :'D hahaha..kita skip.. Ok! jom sambung!)

Ditaman permainan~

Dino: Yeah! Esok kita graduasi!
Jaejin: Tak ada tempat lain ke nak lepak? taman permainan? hmmmm
Taehyung: Hahaha~ yang penting esok kita semua graduasi, eh! mana Eunwoo?
Dino: Tak kan lepak macam ni pun tak kunci jam?
Jaejin: Rasa yang tu tak logik!
Kahi : Hai semua! seronok nampaknya.
Jaejin: Cikgu Kahi apa khabar?
Dino: Cikgu apa khabar?
Taehyung: Apa khabar cikgu?
Kahi: Baik~ apa awak buat dekat sini?
Dino: Duduk duduk saja, Cikgu?
Kahi: Cikgu lalu sini tadi. Nampak awak semua dekat sini, itu yang cikgu singgah kejap harap cikgu tak menganggu kami semua.
Jaejin: Taklah cikgu, kami pun baru sampai.
Kahi: Bukan kamu semua berempat? mana Eunwoo?
Taehyung: Dia memang macam tu cikgu.

Selang beberapa minit~

Eunwoo: Maaf lambat!
Taehyung: baru sampai!
Kahi: Hai~
Eunwoo: Oh cikgu apa khabar?
Kahi: Baik~
Dino: Kenapa lambat?
Eunwoo: Aku pergi klinik tadi, tak sedap badan.
Jaejin: Ye ke? mesejlah kami bagi tahu yang kau tak sihat.
Eunwoo: Dah ok sikit.
Jaejin: Heh~ degil!
Dino: Macam tak kenal Eunwoo ni.
Eunwoo: Aku ok!
Kahi: Kamu semua ni? (sambil ketawa) cikgu harap persahabatan kamu semua kekal sampai bila bila. Jangan gaduh gaduh, ya?
4 member: Baik cikgu!
Kahi: Baiklah, Cikgu balik dulu. Jumpa awak semua esok, ya?
Jaejin: Hati hati cikgu.
Dino: jumpa esok.

Setelah Cikgu Kahi beredar~

Jaejin: Eunwoo?
Eunwoo: Ya?
Jaejin: Jom aku hantarkan kau balik, kesian pula aku tengok kau ni. Dah naik biru.
Eunwoo. Aku ok.
Dino: Baliklah rehat Eunwoo, Esok kita ada graduasi.
Taehyung: Betul tu, pergilah rehat. Esok kita jumpa.


Mereka pun beredar dar taman. Pada hari yang sama di sekolah~

Seunghyun: Hai awak~
Gayoung: Oh! Cikgu Seunghyun, Hai~
Seunghyun:  Dah bersedia untuk esok?
Gayoung: Sedia.
Seunghyun: Kalau awak ada apa apa masalah, awak boleh berjumpa dengan saya.
Gayoung: Jangan risau, saya yakin saya boleh lakukan. saya pergi dulu.

Keesokan harinya~

Kahi: Hai Cikgu Gayoung~
Gayoung: Hai~
Kahi: Sihat?
Gayoung: Saya sihat saja. Cikgu?
Kahi: Sihat. Saya tengok Cikgu ni macam berisi saja, kuat makan malam ke?
Gayoung: Oh! (sambil senyum) makan saya tak teratur sangat sejak semenjak ni.
Kahi: ye ke? mungkin awak terlalu memikirkan pasal anak anak murid awak.
Gayoung: Mungkin juga.
Kahi: Baiklah saya pergi dulu.
Gayoung: Baiklah.

3 Minggu lepas~

Gayoung: Abang?
Eunwoo: Ya?
Gayoung: Abang tak sihat ke? Bibir abang pucat.
Eunwoo: Entahlah, abang asyik muntah muntah saja 2-3 hari ni.
Gayoung: Jom kita pergi klinik?

Di klinik.

Doktor: Hmmm...
Gayoung: Kenapa dengan suami saya?
Doktor: Awak tak nak buat sebarang ujian pemeriksaan?
Gayoung: Saya?

Eunwoo dan Gayoung menjadi keliru~

Doktor: Mari?
Gayoung: Tapi saya?
Eunwoo: Pergi sajalah.

Selepas pemeriksaan Gayoung disahkan hamil 2 bulan.

Gayoung: Saya hamil! (dengan nada yang gembira)
Eunwoo: (Masih keliru) awak apa?
Doktor: Tahniah! isteri encik hamil 2 bulan.

Terpancar wajah kegembiraan Eunwoo bila dapat berita yang gembira itu.

Eunwoo: Jadi saya ni kenapa doktor?
Doktor: Mungkin awak kena alahan. Itu perkara biasa.

Majlis graduasi berjalan dengan sempurna dan jayanya. Eunwoo, Dino, Taehyung dan Jaejin lulus dengan cemerlang. Disamping itu, Eunwoo mengumpulkan rakan rakannya di bumbung sekolah untuk memberi tahu suatu perkara.

Dino: Suatu perkara?
Jaejin: Apa yang kau nak bagi tahu kami ?
Dino: Nampak macam serius?
Taehyung: Bagi tahulah cepat.
Eunwoo: Tunggulah kejap...
Gayoung: Hai semua.
Dino: Cikgu..
Jaejin: Cikgu pun ada?
Taehyung: Eunwoo cakap ada sesuatu nak bagi tahu kami.
Eunwoo: OK! OK! OK! aku ada satu pengumuman.
Kahi: (Menjerit dari bawah) Kamu yang dekat atas tu! jangan duduk tepi tu nanti jatuh! Dino?
Dino: Maaf!
Seunghyun: Budak budak ni.
Gayoung: Saya rasa Cikgu Kahi dan Cikgu Seunghyun pun patut tahu cerita ni.
Eunwoo: Ok! panggil mereka.
Gayoung: Cikgu Kahi! Cikgu Seunghyun!
Kahi: Cikgu ada dekat atas sana juga?
Seunghyun: Ada apa ya?
Gayoung: Marilah naik atas, saya ada sesuatu nak bagi tahu.
Seunghyun: sesuatu?
Kahi: Mari....

Sampai saja diatas...

Kahi: Apa yang awak nak bagi tahu kami ni?
Eunwoo: sebenarnya! saya....
Dino: Saya?
Eunwoo: Saya dah...
Jaejin: Ya?
Eunwoo: Saya.....
Seunghyun: Saya apa?
Eunwoo: Saya sebenarnya dah...
Taehyung: Dah.....
Eunwoo: Saya....
Kahi: Saya dah.. saya dah..! apa yang dah!
Gayoung: Kami dah berkahwin!
K/S/J/D/T: Oh! dah kahwin.... APA!!!
Gayoung: YA! Kami dah kahwin dah 9 bulan.

Semua orang masih terpinga pinga dan sangat terkejut.

Kahi: Betul ke ni Eunwoo?
Eunwoo: Ya! dan sekarang ni pun Gayoung sedang hamil anak sulung kami.
J/D/T: Hamil anak sulung!??
Seunghyun: Awak dah kahwin? sebab tu ke awak?
Gayoung: Saya harap awak faham.
Eunwoo: Kenapa?
Gayoung: Tak ada apa.
Dino: Wow! tak logik ni...
Jaejin: Aku setuju! yang ni memang tak logik.
Taehyung: Aku tengah bermimpi? ( cubit pipi sendiri) arhh! sakit!.
Kahi: Tahniah! Jaga Gayoung baik baik. Nanti dah bersalin bagi tahu saya, ya?
Eunwoo: Terima kasih.
Dino: Tahniahlah! (sambil tersenyum)
Taehyung: Tahniah!!!! (menangis paling over)
Jaejin: Tahniah! (Sambil tersenyum)
Eunwoo: Terima kasih! korang semua akan jadi pak cik tak lama lagi.
Kahi: Cikgu Seunghyun tak nak ucapkan tahniah kepada mereka?
Seunghyun: Tahniah~
Gayoung: Terima kasih.

Dengan pengakuan itu, akhirnya barulah Eunwoo dapat menghirup nafas lega setelah sekian lama merahsiakan statusnya itu, kini Eunwoo telah bekerja disyarikat ayahnya.Dengan gaji yang Eunwoo dapat diserahkan kepada Gayoung, Tapi ditolaknya dan Gayoung suruh Eunwoo simpan dan gunakan untuk masa depan anak anak.

Setahun setengah kemudian~

Eunwoo: Saya dah balik!
Gayoung: Papa dah balik! pergi peluk papa!
Eunwoo: Wah! anak papa mari sini!

Gayoung telah melahirkan anak kembar perempuan seiras

Gambar Hiasan

Kini kehidupan Eunwoo dan Gayoung sempurna dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka.Kini Eunwoo berhasrat untuk mempunyai anak kedua. Tidak itu sahaja! Seunghyun dan Kahi juga telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan hidup mereka masing masing

~~~TAMAT~~~