HALO SONG

Selasa, Julai 29, 2014

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 10


Ibu Chen '' siapa ? '' Ibu Chen mendepani mereka.Ibu Chen agak terkejut! Shila '' apa khabar Puan~ '' Ibu Chen '' baik~ duduklah dulu ya ? Jongdae mari  '' Shila '' terima kasih~ '' Chen '' awak duduklah dulu,'' Pergi ke dapur~ Ibu Chen '' Sayang, siapa dia tu? bertutup kepala bagai! '' Chen '' Dia bukan dah bagi tahu nama dia ke ? '' Ibu Chen '' Maksud Mama, dia tu tak macam kita '' Chen '' betul tu Mama, kita terlalu banyak beza berbanding dia~ '' Ibu Chen '' maksud kamu ? '' Chen '' dia beragama islam~ '' Ibu Chen agak terkejut! '' Sayang! tahu tak kita ni tak sama agama dengan dia! lagi pun sayang! agama tu agama yang paling kejam! '' Chen '' Mama! Mama masih tak tahu lagi kebenarannya, agama Islam adalah agama yang benar ''

Agak huru-hara sedikit di dapur.Di samping itu,Shila melihat sekeliling kawasan ruang tamu dan kelihatan begitu teruja, Chen '' maaf kalau awak menunggu terlalu lama '' Shila '' ni gambar awak masa kecil ke ? '' Chen '' yap~ tak silap, masa ni saya baru masuk sekolah rendah '' Shila '' comel~ '' Chen '' awak nak tak berjalan-jalan tepi pantai dengan saya ? '' Shila '' marilah~ ''

Di tepi pantai~
Shila '' dah berapa lama awak tinggal dekat sini ? '' Chen '' Sejak umur saya 10 tahun, '' Shila '' ayah awak mana ? kerja ke ? '' Chen '' Ibubapa saya bercerai sebelum saya dilahirkan lagi dan masa tu Mama saya kata saya ada abang 3 tahun tua dari saya, Ayah saya bawa abang saya bersama dia. '' Shila '' maaf~ '' Chen ''tak apalah, awak tanya sebab awak tak tahu apa-apa '' Shila '' jadi~ awak dah pernah berjumpa dengan abang awak tu ? '' Chen '' tak pun, Mama cuma ada gambar masa dia 3 Tahun, jadi saya tak dapat nak bezakan dia yang sekarang~ '' Shila '' ada tak kulit-kulit kerang dekat sini? '' Chen '' jom cari ''

Imagine Music < Demi Lovato- Stay Strong >
Mereka berjalan-jalan di tepi pantai sambil mencari kulit-kulit kerang.. sampai di satu kawasan, terdapat banyak Kulit kerang dan mereka pun mengutipnya. Shila '' -dalam hati- saya minta maaf sangat-sangat.sepatutnya saya tak tanya semua tu, saya harap awak kuat dan berjumpa dengan ayah dah abang awak semula~ ''

Chen '' oh ya! Mama kata nama abang saya tu Luhan~ '' Shila terkaku! Chen '' awak? kenapa ni ? '' Shila '' T-Tak ada apa~ S-Si-Siapa nama dia tadi ? '' Chen '' Luhan~ '' Shila '' Luhan ahli mempertahankan diri tu ke ? '' Chen '' dia? heeee ... tak serupa pun dengan sayalah~ lagi pun nama Akhir kami berbeza '' Shila agak curiga '' yalahkan? lagi pun bukan dia seorang yang ada pakai nama macam tu ''

Imagine Music < F-ve Dolls - Cheated >
Hujan turun dengan tiba-tiba! Shila '' awak! hujanlah! '' Chen segera menanggalkan jaketnya dan menutupi Shila daripada hujan, '' Chen '' dekat sana ada pokok besar! kita berteduh dekat situ! '' Chen memimpin Shila ke pokok tersebut.Shila agak teruja dan terharu masa itu, '' jarang lelaki yang aku kenali bertindak sebegitu.Membiarkan diri sendiri kebasahan sedangkan perempuan itu dilindungi. '' setiba dipokok itu~ Chen '' kita beteduh dekat sini dululah.. hujan masih libat lagi ni '' Shila '' baiklah~ ''

Hujan masih lagi lebat~
Chen memeluk tubuh kesejukkan~ Shila '' awak sejuk ke ? '' Chen '' saya okay '' Shila mengeluarkan sehelai tuala yang di simpannya di dalam beg tangannya~, '' awak~ duduk sini~ '' Chen pun duduk disebelah Shila, Shila menutupi badan Chen yang basah dengan tuala itu sambil mengelap kering rambut Chen '' Chen '' sebenarnya~ '' Shila '' hmmm '' Chen '' sebenarnya saya....... ''

Lagu Tema :
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....

Isnin, Julai 21, 2014

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 9

Chen '' mana Shila ni? '' Chen menunggu Shila di bus stop begitu lama. Shila '' Patah seribu hatiku~ bila.......... '' BeepBeep! Chen '' baguslah tu, cuba bagi salam.. ayooo '' Shila '' Chen~ marilah cepat masuk~ '' Chen '' kenapa lambat? '' sesat kejap tadi ..hehe '' Chen '' marilah, ni alamatnya~ '' Shila '' okay~ set dekat GPS ''

Imagine Music < Jewelry - One More Time >
kemana mereka nak pergi sebenarnya? apa yang Chen mahu lakukan dan Shila tertanya-tanya kemana mahu dituju~ Shila '' awak jauh lagi ke ni ? '' Chen '' 356km lagi ~ '' Shila mari pergi stesen minyak kejap~ saya nak pergi tandaslah '' Chen '' okay~ awak nak isi minyak sekali ke ? '' Shila '' aah '' sampai saja, Shila terus keluar dan menuju ke tandas '' dah tak boleh tahan!! '' Chen '' bagusnya~ minyak macam suruh aku bayar saja~ '' Chen pun pergi ke kaunter bayar.

10 minit kemudian~
Shila '' mana kereta aku ? '' Chen '' oit! oit! sini ~ '' Shila '' sorry .. dah isi minyak ke ? '' Chen ''dah .. marilah biar saya yang pandu pula '' Shila '' apa ? '' Chen '' saya cuma tak ada kereta, tak semestinya saya tak ada lesen kereta .. '' Shila okay~ ''

Imagine Music < Jay Chau - Rainbow (cover by Kris and Lay) >
Mereka meneruskan perjalanan mereka yang jauh itu, sampai suatu seketika Shila terlelap.Chen '' tertidur pula dia.. hmmm .. tak apalah, lagi pun jauh lagi ni '' Chen tersenyum melihat Shila tidur dengan begitu lenanya~

2 Jam kemudian~
Shila terjaga~ '' dah sampai ke ? '' sebaik Shila terjaga, Chen tiada di tempat pemandu. Shila '' mana Chen ni ? '' dalam keadaan mamai, Shila keluar dari kereta.Sebaik Shila keluar dan melihat dihadapannya.

gambar hiasan
Chen yang sedang bermain di tepi pandai bersama-sama beberapa orang budak, Chen '' dah bangun ? '' Shila '' kenapa awak bawa saya ke sini ? '' Chen '' cantik tak pantai ni ? '' Shila '' cantik~ tapi kenapa awak bawa saya ke sini ? '' Chen '' mari ikut saya '' Shila '' awak! jawablah dulu soalan saya ? '' Chen '' ikutlah cepat '' Shila pun mengikut Chen dari belakang. Shila terkejut!! bila melihat sebuah rumah mewah di depan matanya.

gambar hiasan
Shila '' awak! '' Chen '' kenapa ? '' Shila '' kita buat apa dekat sini ? '' Chen '' hmmm.. rumah saya.. kenapa ? '' itu lagi mengejutkan Shila, '' R-R-Rumah awak ? '' Chen '' nantilah saya cerita, masuklah dulu~ '' Mereka pun masuk ke kawasan rumah itu, Driver '' Selamat pulang Tuan Muda '' Shila ''-dalam hati- Tuan Muda ? '' Tukang kebun '' Selamat pulang Tuan Muda '' Shila '' awak siapa sebenarnya! '' Chen '' saya ? Jongdae~ marilah cepat! '' Seorang pembantu rumah membukakan pintu untuk mereka, '' Selamat pulang Tuan Muda '' mereka pun melangkah masuk~ Chen '' saya pulang~ '' Ibu Chen membalas semula, '' Masuk sayang~ ''

Ibu Chen yang sedang membelakangi mereka sedang menjahit baju, Chen '' Mama~ '' Ibu Chen '' ya kenapa ? '' Chen '' saya ada bawa kawan '' Ibu Chen pun memandang kearah mereka , '' Siapa? '' 


Lagu Tema :
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....

Jumaat, Julai 18, 2014

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 8

Shila '' awak kenal ke dia? '' Luhan '' kurang pasti, kenapa dengan dia ? '' Shila '' hmmm, dia sekarang ni tengah belajar tentang agama saya, agama Islam. '' Luhan '' oh '' Shila '' saya tak paksa pun, dia yang nak belajar.. '' Luhan '' tapi .. saya rasa berat hati nak mendalami Islam '' Shila '' agama Islam bukan agama paksaan, walaupun hati awak belum terbuka untuk menerima Islam. '' Luhan '' apa bezanya agama saya dengan agama awak? '' Shila '' saya tak pasti, sebab saya tak tahu sangat apa agama awak amalkan, '' Luhan '' antara yang awak tahu ? '' Shila '' hmmm.. makanan, cara berpakaian, ibadah, dan macam-macam lagi '' 

Luhan '' makanan ? macam mana tu ? '' Shila '' makanan yang halal untuk kami orang Islam makan.Macam sumber daging, haiwan itu mesti disembelih dengan sempurna, saluran penafasannya perlu putus.Tapi kami orang Islam diharamkan untuk memakan khinzir kecuali darurat! '' Luhan '' kecuali darurat ? maksud awak.. ?? Shila'' contohnya, macam kita tersesat dalam hutan, dan masa tu kita cuma nampak khinzir dan buru.. jadi, masa darurat tulah baru dihalalkan~ tapi sekarang untuk mengalas perut.. kalau makan seekor, tu bkn darurat lagi, tu ular sawa '' 

Sambil berjalan~ 
mereka ternampak seekor anak anjing yang comel.. dihadapan mereka.
gambar hiasan.
Luhan '' wah, comelnya~ '' sambil mengusap-usap kepala anak anjing itu. Shila '' cantik~ siapa nama dia? '' Shila bertanay kepada Tuan punya anjing tersebut, Tuan punya anjing '' MOCO~ '' Shila '' MOCO~ '' Luhan pun mendukung anak anjing tersebut dan ingin menyerahkannya kepada Shila, Luhan '' nah~ '' Shila '' tak! tak apa! '' Luhan '' kenapa ? tadi awak cakap comel ? '' Tuan punya anjing mencelah, '' dia tidak boleh pegang anjing~, dia Islam '' Luhan terdiam dan meletakkan anak anjing tu semua~  

Sedang seronok Shila dan Luhan berjalan-jalan sekitar taman~
Shila ternampak sebuah bangunan, '' Gallery Flower ? '' Luhan '' dekat sini mereka tunjukkan semua jenis bunga yang ada dekat seluruh dunia, ''Shila '' oh... mesti seronok '' Luhan '' awak nak masuk ke ? '' Shila '' saya tak bawa duitlah~ tertinggal .. '' Luhan '' tak apa, saya belanja '' Shila '' eh! awak~ susah-susah saja'' Luhan '' tak apalah~ bukan selalu pun '' Luhan pun membayar dua tiket masuk. 

Shila '' wahh.. banyaknya jenis-jenis bunga dekat sini, '' Luhan '' ada cuma dari palstik dan ada juga yang betul.. dekat sini juga mereka ada tunjukkan antaranya yang sudah pupus dan yang hampir pupus '' Shila '' oh.. awak jom pergi sana '' Luhan '' jom .. 

semasa itu ...
Chen '' itu Shila, kan ? wahh baru pindah sini dah ada balak '' pergi mendekati Shila .. Shila Tidak perasan kehadiran Chen semasa itu, sehinggalah .....
Chen '' JA-JAAAAA'' Shila '' subahanAllah! Chen! awak buat apa dekat sini? '' Chen '' buat apa dekat sini ? masak~ '' Shila '' Chen! '' Chen '' haha .. saja nak tengok bunga-bunga dekat sini, awak buat apa dekat sini ? dating ke ? kalau macam tu saya pergi dululah~ '' Shila '' kami pun tengok-tengok bunga dekat sini .. awak marilah join kami .. '' Chen ''tak apa ke ? '' Luhan '' marilah~ ramai lagi seronok '' 

Sebaik saja Chen join mereka berdua Luhan seperti tidak diendahkan oleh Shila. Luhan '' -dalam hati- wah! siapa pula lelaki ni? potong betullah~ '' Chen '' oh ya~ awak nak join saya tak petang ni , saya nak pergi suatu tempat '' Shila '' Luhan awak nak ikut ke ? '' Luhan '' tak apalah, saya ada kerja sikit '' Shila '' okay~ saya join~ '' Chen '' okay~ jemput saya dekat stesen bas '' Shila '' WHAT!! '' Chen '' saya tak apa keretalah~ '' Shila '' ohh okay~ ''

Luhan '' siapa lelaki ni sebenarnya ? rapat betul dia dengan Shila, bukan Shila baru berpindah kesini ke ? '' 



Lagu Tema :
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....

Isnin, Julai 14, 2014

My Imagine/Fanfics Collection.



This Is XOXO

EXO Miracles in December (Christmas Special)

LAST PART

Who Am I For U ?

PART 1
PART 2
PART 3
PART LAST

You Are Mine ~

You Are Mine ~ KyungSoo
You Are Mine ~ JongIn

TWO OF TWO

SPECIAL KAISOO COUPLE MEMBER
SPECIAL KAISOO COUPLE MEMBER [LAST PART]

DEAD LOVE

TEASER
-EPISODE 1-
-EPISODE 2-
-EPISODE 3-
-EPISODE 4-
-EPISODE 5-
-EPISODE 6-
-EPISODE 7-
-EPISODE 8-
-EPISODE 9-
-LAST EPISODE-

Sweetie Cream Lime

TEASER
- EPISODE 1 -
- EPISODE 2 -
- EPISODE 3 -
- EPISODE 4 -
- EPISODE 5 -
- EPISODE 6 -
- EPISODE 7 -
- LAST EPISODE -

Take Care My Sister ( Give Me Your Love)

TEASER
-EPISODE 1-
-EPISODE 2-
-EPISODE 3-
-EPISODE 4-
-EPISODE 5-
-EPISODE 6-
-EPISODE 7-
-LAST EPISODE-

[MYSTERY] Mysterious High School

(PART 1)
(PART 2)
(PART 3)
(PART 4)
(PART 5)
(PART 6)
(PART 7)
(PART 8)
(FINAL PART)

CRYING RAIN MIDNIGHT

THE MOVIE

What Is Islam? (Special Ramadhan)

- TEASER -
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12


What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 7

Chen '' awak ceritalah lagi, '' Shila '' awak~ saya bukan pandai sangat sejarah luar, saya sejarah hidup sendiri pun tak berapa nak tahu '' Chen '' tapi awak buat diari jugakan ? '' Shila '' saya ada kelas mempertahankan diri ni, kita jumpa nanti lagi '' Chila '' Shila ... ceritalah lagi '' Shila '' saya tak tahulah! '' Chen '' hshhh~ slow betullah dia ni ! '' Shila '' awak tu yang slow! pergilah cari dekat internet! '' Chen '' okay fine! ''

Dalam kelas~
Luhan '' hai Shila '' Shila '' hai awak ~ '' Luhan '' kenapa lambat ? '' Shila '' ada kerja sikit tadi, '' Luhan '' so.. bila awak free ?? '' Shila '' hmmm .. ahad ni ? '' Luhan '' okay~ no problem~ '' Shila '' okay~ jom! mulakan '' Luhan '' jom~ ''

~SKIP~

Ahad kemudian~
Shila '' Shila pergi dulu ya Mama~ '' Mama Shila '' nak pergi mana ?'' Shila '' nak keluar dengan kawan kejap '' Mama Shila '' hati-hati~ '' Shila '' okay~ ''Di bus stop~ menunggu Luhan sambil bernyanyi~

Click Video :: Shila Amzah - Tapi Mengapa (max suka giler lagu ni ><!! best)

Luhan pun tiba, '' sorry lambat~'' Shila '' it's okay~ tak lama mana pun '' Luhan '' marilah '' Shila '' awak ~ saya ada something nak bagi tahu ni ~ '' Luhan '' apa dia? '' Shila '' sebenarnya saya.... '' tidak sempat Shila menghabiskan ayatnya, Luhan mencelah~ '' sebab awak puasa ke ? '' Shila terdiam seketika, '' M-Macam mana awak tahu ? '' Luhan '' saya ramai kawan Islam dekat sini, kejiranan saya pun islam.'' Shila '' oh! jadi ? '' Luhan ''sebab tu saya ajak awak keluar malam, boleh berbuka sama-sama '' Shila hanya tersenyum.

Tiba di sebuah taman bunga ( taman bunga lagi :3 )
Shila '' wah! cantiknya bunga-bunga dekat sini, '' Luhan '' kan? tapi saya ada tempat lagi menarik '' Shila '' apa tu ? '' Luhan '' tunggu sajalah ''

Tiba saja di tempat yang ingin ditujui~
Shila terpersona~ '' Oh My God! ...

Gambar Hiasan( max sendiri pun tak tahu kat mana tmpt ni xD)

Luhan '' cantik tak ? '' Shila '' wahh! cantiknya~ MasyaAllah .. awak selalu ke pergi ke sini ? '' Luhan '' dululah, '' Shila '' dengan siapa ? family awak ? wahh ..mesti seronok! nanti saya nak bawa family saya ke sini jugalah '' Luhan '' saya tak ada family dah, Ibubapa yang terlibat dalam kemalangan 7 tahun lepas. '' Shila '' awak~ sorry, saya tak sepatutnya tanya awak macam tu, '' Luhan '' tempat ini yang terakhir kami sekeluarga bercuti.''Shila ''awak~ sorry '' Luhan '' tak ada apa sangatlah, marilah kita berjalan kesana '' Shila '' jom~ ''

Imagine Music < Apink - BuBiBu >
Mereka pun berjalan sekeliling kawasan taman bunga yang indah mekar.Luhan tahu, orang seperti Shila sangat mengagumi sesuatu keindahan itu dan sebab itulah Luhan membawanya kesini.Pertama kali berjumpa, Luhan ingatkan Shila jenis yang bermasam muka dan kuat marah, tapi Luhan silap....

Shila '' oh ya! awak kenal tak Chen? '' Luhan '' Chen ? ''


Lagu Tema :
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....

Rabu, Julai 09, 2014

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 6

Di dalam bilik~
Chen sambil membaca buku yang diberi Shila '' ada 3 agama nabawi iaitu Islam, Kristen dan Yahudi.3 agama ini terdapat di Palestin.Oh, jadi siapa yang betul ? ''

Keesokkan harinya~
Shila '' dah lambat!! '' Chen '' Shi~~~ dia ni '' Dalam kelas.Chen lalu depan Shila, ''Hai ChenChen '' Chen '' awak ni kenapa ? asyik cakap '' dah lambat! '' kenapa ? sedangkan awak tak lewat mana pun '' Shila '' dah terbiasa sangat ''

Chen '' hmmmm .... '' Shila '' awak, saya ada video, tengoklah nanti ya ? '' Chen '' Video apa ? '' Shila menghulur CD kepada Chen, Chen '' TANGISAN PALESTINA? '' Shila '' Papa saya beli CD tu masa ada urusan kerja dekat Turki.'' Chen '' beli ? '' Shila '' kira menderma sambil beramal.Harganya taklah banyak sangat, tapi Papa bagi duit agak banyak. '' Chen '' kenapa ? '' Shila ''sedekahlah awak ''

Di makmal kumputer~
Chen '' TANGISAN PALESTINA? .. nak tengok ke tak nak ni ? macam seram je ? '' Shila '' awak! alang-alang dekat makmal ni tengoklah '' Chen '' tapi ?? '' Shila '' kenapa ? ngeri ? awak ngeri tu memanglah... tapi cuba awak fikirkan dari sudut lain. '' Chen '' sudut lain ? '' Shila '' dari sudut kemanusiaan ''

Click Video: TANGISAN PALESTINA.

Chen agak terkejut sambil menutup matanya tapi Shila menarik tangannya kebawah.Chen cuba memejamkan matanya tapi Shila membuka matanya.Chen memberanikan juga menonton video itu.Chen '' kenapa ? '' Shila '' apa pendapat awak tentang video tu ? '' Chen '' bukan ke peraturan ketenteraan, orang tua, ibu-ibu, dan kanak-kanak tidak bole... ''

Shila '' hmmmm Itulah, '' Chen ''tapi itu dah dikira jenayah perang! kenapa tidak diambil tindakan ? '' Shila '' mereka licik! dan banyak tipu helah, kata mereka itu untuk mempertahankan diri. Tapi logik ke sampai budak-budak yang tak tahu apa-apa jadi mangsa ? ''

Chen cuba memikirkan secara terbuka,
Chen '' kenapa mereka buat macam tu ? '' Shila '' mereka nak bangkitkan semula Kuil Sulaiman.'' Chen '' kuil ? Sulaiman ? bukan ke tu ? ''


Lagu Tema:-
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....

Ahad, Julai 06, 2014

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 5

Jurulatih '' eh! nak berkenalan lebih-lebih luar nanti, sekarang kita panaskan badan dulu ya, Shila tahu macam mana nak tahankan badan sebelum latihan.'' Shila '' tak tahu '' Jurulatih '' senang saja, berendam dalam air panas~'' -bunyi cengkerik-

Shila sedang menumbuk sebuah bantal(?) *max tak sure apa natang yg cam bantal peluk duk di tumbuk2 tu, mse at skola dulu penah tumbuk2 natang ni at bilik sukan tpi tak tau ape natang tu pnye name xD hehehe ..sambung :3* untuk melepaskan geram, Shila '' kenapalah aku jumpa jantan tu dekat sini pula! '' Tumbuk bertubi-tubi.

Jurulatih '' okay kita buat dalam berpasangan okay, Shila awak dengan dia, '' tunjuk ke arah pelajar lelaki itu.Shila ''-dalam hati- what!!! dia?? arhhh!'' Pelajar lelaki '' hai~ '' Shila '' hai! '' pelajar lelaki '' student baru ke ? '' Shila '' ehh taklah dah 3 hari pun! '' pelajar lelaki '' okay .. Shilakan ? '' Shila '' Shila bukan Shilakan!'' Pelajar lelaki '' okay~ Shila, saya Luhan~'' hulur tangan.Shila hanya menundukkan sikit kepala dia '' saya Shila ''.Shila terus tumbuk bertubi-tubi. Luhan hanya menggeluh dan menarik semula tangannya.

Imagine Music < Nine Muses - Dolls >
Chen membaca buku yang diberi Shila pagi tadi, dia agak keliru sebab banyak beza dengan ajaran agama yang di amalkannya itu.Chen '' hmmmm ... banyak betul bezanya.'' Chen tidak jemu membaca buku itu, dan terus membacanya.

Shila '' ChenChen '' Chen '' oh... A..Asalam..Mu..a..lai..kum .. ? Shila tersengih '' Waalaikumusalam~ wahh cepat awak belajar '' Chen '' hmm ...tapi masih banyak yang saya tak faham, '' Shila '' tak apa, sikit-sikit dulu '' Chen '' awak tak ada apa-apa lagi ke ? '' Shila '' apa? '' Chen '' video ke, apa ke .. tak ada ?? '' Shila '' nanti saya carikan. '' Chen '' okay~ boleh awak terangkan apa ni ?? '' Shila '' mana, ? ''

Kelas tamat~
Luhan '' hai~ '' Shila '' Hai~ '' Luhan '' awak ada masa tak malam ni ? '' Shila '' maaf saya ada tugas yang perlu diuruskan'' Luhan '' esok ? '' Shila '' nope~ '' Luhan '' bila awak free ? '' Shila '' 1 bulan ni, malam saya sibuk, pagi or petang sabtu ahad bolehlah, kenapa ? '' Luhan '' saya cuma nak belanja awak makan tanda minta maaf '' Shila berpaling''-dalam hati- makan ? siang hari ? macam mana ni, aku puasa! '' Luhan '' boleh tak ? '' Shila '' hmmm tengoklah nanti '' Luhan '' okay~''


Lagu Tema:-
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....

Rabu, Julai 02, 2014

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 4

Shila '' hmmm macam mana saya nak terangkan dekat awak ? sebab saya bukannya pandai sangat hal-hal agama ni '' Chen '' hmm okay~ tapi awak boleh bagi tahu saya apa saja yang awak tahu '' Shila '' slow slow ? '' Chen '' okay '' slow slow ''

Imagine Music < MR.MR - Waiting For You >
Setelah selesai Chen mengajar Shila serba sedikit pelajaran yang Shila tertinggal.Shila terus pulang ke rumah.Shila mencari beberapa buku islamic yang pernah dia baca.

Shila '' hmm ..saya harap buku-buku boleh tolong saya.Lagi pun saya bukan pandai sangat hal-hal agama ni,kalau salah terpesong pula.Tapi kenapa dia nak tahu apa itu islam ? '' Shila kebingungan seketika tapi disebalik kebingungan Shila sudah terfikir sesuatu yang indah.

Esoknya~
Shila '' Mama! '' sambil menghentak-hentakkan kakinya.Mama Shila '' Mama dah gerak kamu banyak kali.'' Shila terus menuju ke kolej.Sampai saja di kolej. Shila '' dah lambat!!!!'' Chen ''a...wak ? kenapa dengan dia ni ? ''

 Sedang Chen berjalan di kaki lima, Shila '' awak!''Chen terkejut beruk (hahaha yang beruk tu max tambah xD).Chen '' awak ni, terkejutlah.'' Shila '' sorry, nah buku '' Chen '' buku? buku apa ? '' Shila '' tentang agama islam, kalau awak ada masa awak baca, okay ? '' Chen '' okay~ '' Shila ''okay, saya nak pergi kelas '' Chen '' awak tak ambil Biologi ke ? '' Shila '' tak, saya ambil seni mempertahankan diri ! .. '' lari ke kelas.

Shila sudah siap dengan berpakaian seorang peninju.Jurulatih '' hari ni kita ada pelajar baru yang akan sertai kita,.. silalah masuk '' Shila pun melangkah masuk '' Hai, Saya Shila '' tiba-tiba seorang pelajar lelaki bangun dan memandang Shila dengan penuh kemarahan, pelajar lelaki '' AWAK!? '' Shila '' AWAK!? ''

Lagu Tema:-
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....

Selasa, Julai 01, 2014

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 3

Sebelum subuh~
Mama Shila '' Shila Sayang, sahur anak Mama '' Shila '' ya~ '' Menuju ke dapur . Shila pun masuk ke bilik mandi untuk membasuh muka dan pergi ke meja makan.Shila '' Assalamualaikum Papa '' Papa Shila '' Waalaikumusalam '' mereka  sekeluarga pun bersahur bersama.Selepas Solat Subuh~ Papa Shila '' Shila pergi sambung tidur kejap, nanti mengantuk pula '' Shila '' okay ''

6.45 pagi~
Shila '' Mama!!! kenapa tak kejutkan Shila? '' Mama Shila '' heii~ Mama dah gerak 3 kali Shila tak bangun-bangun lagi. '' Shila '' Shila pergi dulu Mama '' Mama Shila '' hati-hati '' Shila terus meyambar kunci kereta yang berada di atas meja, keluar rumah dan menghidupkan enjin kereta.

Setiba di kolej~
Shila melompat keluar dan terus megunci pintu keretanya. Shila '' I'm late!!! '' Chen nampak Shila berlari ke kelas, Chen '' Shila~ '' Shila break mengejut '' oh chen~ maaf saya dah lambat! '' terus masuk. Chen '' bukan kita berdua sekelas ke ? ''

Dalam kelas~ Chen '' mroning semua~ '' Classmate '' morning!! '' Chen '' hye Shila, '' Shila '' hye~ '' Chen '' kenapa awak lari macam lipas kudung tadi ? '' Shila '' saya ingatkan saya dah lambat rupanya jam tangan saya rosak. '' Chen '' tak akan awak tak perasan saya yang tegur awak tadi ? kita sekelas '' Shila '' fikiran bercelaru ''

Imagine Music < 2NE1 -Lonely >
dalam kelas Chen terangkan sikit demi sedikit subject yang mereka sedang belajar, Pensyarah memberi kebenaran kepada Chen untuk melakukan demikian kerana Shila dari negara luar.Chen berkongsi kerja-kerjanya yang lepas kepada Shila.Banyak juga yang Shila tak faham dan bertanya kepada Chen.Dengan kesabaran Chen terangkan satu persatu supaya Shila betul-betul faham.

Chen '' so faham ? '' Shila '' InsyaAllah '' Chen '' In..in apa ? '' Shila ''oh maaf , maksud saya, saya faham '' Chen '' boleh saya tahu sesuatu ? '' Shila '' apa dia ? '' Chen '' apa yang awak pakai dekat kepala awak ni ? tak panas ke ? '' Shila '' ini Hijab, orang islam wajib tutup aurat.Panas tu memanglah panas, tapi setitik peluh yang menitis,satu pahala '' Chen bingung '' Islam ? tutup aurat ? apa tu ? '' Shila '' awak langsung tak tahu apa itu Islam ? '' Chen '' What Is Islam ? ''

Lagu Tema:-
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....