HALO SONG

Rabu, Jun 22, 2016

[TEASER] Mrs Flower And Mr Playboy

[TEASER]
Mrs Flower And Mr Playboy


~WATAK UTAMA~



MINSUNG (ROMEO)



SOWON (G-FRIEND)

----------------------------------------------------------------------------

Watak Sampingan:-

  • Sorn (CLC) - Rakan Sowon di tempat kerja.
  • Arin (OMG) - Adik Sowon.
  • Yeoreum (HeLOVEnus) - Girlfriend Minsung (1).
  • Solbin (Laboum) - Girlfriend Minsung (2).
  • Yeeun (Blady) - Girlfriend Minsung (3).
  • Chahee (Melody Day) - Girlfriend (4).

[TEASER] Hate But Love

[TEASER]
Hate But Love

~WATAK UTAMA~


SOJIN (NINE MUSES)




KOGYEOL (UP10TION)



----------------------------------------------------------------------------

Watak Sampingan:-

  • Park Je Up (Imfact) - Rakan Kogyeol
  • Hwan (Roadboyz) - Rakan Kogyeol
  • Keumjo (Nine Muses) - Rakan Sojin
  • Jaeyong (HALO) - Rakan  Sojin

Selasa, Jun 21, 2016

My Wife Is My College Teacher (THE MOVIE)



Masa yang diambil dalam pembikinan '' My Wife Is My College Teacher''
[ 20/05/16 ~ 21/06/16 ]


Kriikk! Kriikk! Kriikk!


Eunwoo: Oh my God! Aku akan lewat pada semesta akhir!. Mana kunci kereta ni?

Eunwoo seorang pelajar kolej jurusan Sains dan Teknologi dan sekarang dalam tahun akhir semesta. Banyak kejadian-kejadian yang lucu berlaku disebalik kisah Eunwoo dan di sekelilingnya. Sesudah sampai dikolej, Eunwoo terus berlalu ke kelasnya.

Eunwoo: Alamak! Cikgu dah masuklah pula! macam mana aku nak masuk ni?
Taehyung: Mana Eunwoo ni? sesat ke? 
Dino: Macam tak biasa pula dengan dia, lupa kunci jam lagi lah tu.
Taehyung: Lupa kunci ke tak ada langsung? kalau tak ada boleh aku sedekahkan jam lonceng aku.
Jaejin: Lepas tu, kau pula yang lewat datang, kan?
Eunwoo: Yah! yah! Dino!
Dino: Hmmm... (memandang ke arah pintu dan lambai sambil tersenyum)
Eunwoo: Tolong! tolong! (dengan nada perlahan sambil sembah sembah)
Dino: OK! (sambil menunjukan isyarat tangan)
Jaejin: Kau buat apa tu? (pandang kearah pintu) ohh...
Cikgu XXX: Faham semua?
Dino: Cikgu! (angkat tangan)
Cikgu XXX: Ya Dino? 
Dino: Saya kurang fahamlah cikgu soalan yang tu.
Cikgu XXX: Yang ni ke?
Dino: Ya cikgu!

Cikgu pun menerangkan semula soalan yang ditanyakan itu. Dalam masa yang sama, Dino memberi arahan kepada Eunwoo untuk masuk kedalam kelas. Tetapi.....

Eunwoo: Cepat! cepat! (dengan nada perlahan)
Cikgu XXX: Baru sampai ke Eunwoo?
Eunwoo: Hehehe (hanya mampu tersenyum)
Cikgu XXX: Letak beg awak sekarang dan berdiri dekat luar kelas! sekarang!

Eunwoo pun berdiri sampai kelas tamat. Setelah kelas tamat.

Cikgu XXX: Masuk.
Eunwoo: Terima kasih cikgu.
Dino: So... apa cerita?
Eunwoo: Terlajak tidurlah.. aduh!
Jaejin: Taehyung cakap dia nak bagi kau jam lonceng kalau kau tak ada?
Eunwoo: Dia nak bagi apa? bangun pun mak dia gerak.
Taehyung: Mak aku tulah jam lonceng aku.. hehehe.
Jaejin: Patutlah.....
Taehyung: Apa yang kau patutkan? 
Jaejin: tak ada apa-apa~
Dino: Jom lepak dekat kafe balik kelas nanti? 
Taehyung: Jomlah! aku dah lama tak lepak-lepak ni.
Jaejin: Aku tak ada masalah. 
Dino: Eunwoo? nak join kami tak?
Eunwoo: Aku ada kerja sikitlah nak buat, Korang pergilah.
Taehyung: Kau aku tengok dah jarang keluar lepak dengan kami. Ada masalah ke?
Eunwoo: Taklah.. kan aku cakap, aku ada kerja sikit nak buat. Lain kali sajalah aku ikut.
Dino: Okaylah.

Setelah kelas tamat, mereka pun beredar untuk pulang ke rumah. Tapi Eunwoo masih di dalam kelas menunggu seseorang...

Eunwoo: (bernyanyi)
XXX: Jom balik rumah.
Eunwoo: (sambil berpaling ke pintu) .. kenapa awak tak gerak saya pagi tadi? (dengan muka yang marah)
Gayoung  : Saya dah gerak awak banyak kali, awak cakap ''OK'' .. ke awak sambung tidur balik?

Gayoung ialah isteri kepada Eunwoo. Mereka telah berkahwin 3 bulan lepas. Perbezaan umur mereka hanyalah 4 tahun, tapi Eunwoo lebih kelihatan matang dari segi tingkah laku. Pertemuan pertama mereka adalah masa Eunwoo pergi bercuti di sebuah pulau selepas tamat sekolah menengah.

Gayoung: Marahkan saya ke? sebab halau awak keluar kelas?
Eunwoo: Tak adalah, awak garang sangat tadi, terkejut saya dibuatnya.
Gayoung: Kalau saya cakap baik-baik nanti pelajar lain rasa pelik pula.
Eunwoo: walau ya pun, janganlah menjerit.
Gayoung: Sorry~ jom balik?
Eunwoo: Pergilah keluar dulu.
Gayoung: Okay!

Di rumah~

Gayoung: Abang! abang pergi mana? penat saya tunggu. Pintu berkunci.
Eunwoo: Awak keluar tadi tak bawa kunci sendiri ke?
Gayoung: Lupa~
Eunwoo: Abang pergi kedai sekejap. Beli kek beras.
Gayoung: Abang nak apa makan malam ni?
Eunwoo: Hmmm... (sambil berfikir) .. apa apa sajalah. Asalkan boleh makan.
Gayoung: OK!

Masuk sahaja ke rumah~

Eunwoo: Abang nak mandi dulu.
Gayoung: Ok! Saya siapkan makan malam.
Eunwoo: Ok!

Eunwoo pun menuju kebilik air dan dalam masa yang sama, Eunwoo memikirkan masa depannya yang agak rumit.

Eunwoo: Dah 3 bulan, Gayoung sara makan minum aku. Arhh! cepatlah graduasi!

Selesai saja Eunwoo mandi~

Gayoung: sudah?
Eunwoo: Hmmm~
Gayoung: Ok! saya nak mandi pula. Abang makanlah dulu, ya?
Eunwoo: Kita makan sama-sama. Abang tunggu.
Gayoung: Baiklah (sambil tersenyum)

Selang beberapa minit~

Gayoung: Saya dah selesai jom makan.
Eunwoo: Mari.
Gayoung: Macam mana masakan saya hari ni?
Eunwoo: Hmmm ... macam biasa, sedap!
Gayoung: Yeah! makan banyak-banyak.
Eunwoo: Sayang~
Gayoung: ya? Abang nak apa-apa ke?
Eunwoo: Maaf!
Gayoung: Maaf? untuk apa?
Eunwoo: dah 3 bulan kita berkahwin, Sayang yang sara abang. Abang malu dan terburu-buru kahwini sayang sedangkan abang tahu yang abang masih lagi belajar dan....

Tidak sempat Eunwoo mehabiskan ayatnya Gayoung menutup mulut Eunwoo.

Gayoung: (sambil mengeling kepala) bila abang graduasi?
Eunwoo: Lagi 6 bulan.
Gayoung: Lagi 6 bulan saya akan sara abang. Abang jangan risau, Saya percaya yang abang akan sara saya suatu hari nanti.
Eunwoo: Nanti lepas graduasi, abang akan kerja dengan ayah.
Gayoung: Baguslah tu! saya akan sentiasa sokong abang.
Eunwoo: Nanti kalau abang dah kerja dan dapat gaji, abang bayar balik semuanya.
Gayoung: Hmmmm... OK!

6 bulan kemudian~
( Hahaha pitamlah kalau buat cerita sampai 6 bulan :'D hahaha..kita skip.. Ok! jom sambung!)

Ditaman permainan~

Dino: Yeah! Esok kita graduasi!
Jaejin: Tak ada tempat lain ke nak lepak? taman permainan? hmmmm
Taehyung: Hahaha~ yang penting esok kita semua graduasi, eh! mana Eunwoo?
Dino: Tak kan lepak macam ni pun tak kunci jam?
Jaejin: Rasa yang tu tak logik!
Kahi : Hai semua! seronok nampaknya.
Jaejin: Cikgu Kahi apa khabar?
Dino: Cikgu apa khabar?
Taehyung: Apa khabar cikgu?
Kahi: Baik~ apa awak buat dekat sini?
Dino: Duduk duduk saja, Cikgu?
Kahi: Cikgu lalu sini tadi. Nampak awak semua dekat sini, itu yang cikgu singgah kejap harap cikgu tak menganggu kami semua.
Jaejin: Taklah cikgu, kami pun baru sampai.
Kahi: Bukan kamu semua berempat? mana Eunwoo?
Taehyung: Dia memang macam tu cikgu.

Selang beberapa minit~

Eunwoo: Maaf lambat!
Taehyung: baru sampai!
Kahi: Hai~
Eunwoo: Oh cikgu apa khabar?
Kahi: Baik~
Dino: Kenapa lambat?
Eunwoo: Aku pergi klinik tadi, tak sedap badan.
Jaejin: Ye ke? mesejlah kami bagi tahu yang kau tak sihat.
Eunwoo: Dah ok sikit.
Jaejin: Heh~ degil!
Dino: Macam tak kenal Eunwoo ni.
Eunwoo: Aku ok!
Kahi: Kamu semua ni? (sambil ketawa) cikgu harap persahabatan kamu semua kekal sampai bila bila. Jangan gaduh gaduh, ya?
4 member: Baik cikgu!
Kahi: Baiklah, Cikgu balik dulu. Jumpa awak semua esok, ya?
Jaejin: Hati hati cikgu.
Dino: jumpa esok.

Setelah Cikgu Kahi beredar~

Jaejin: Eunwoo?
Eunwoo: Ya?
Jaejin: Jom aku hantarkan kau balik, kesian pula aku tengok kau ni. Dah naik biru.
Eunwoo. Aku ok.
Dino: Baliklah rehat Eunwoo, Esok kita ada graduasi.
Taehyung: Betul tu, pergilah rehat. Esok kita jumpa.


Mereka pun beredar dar taman. Pada hari yang sama di sekolah~

Seunghyun: Hai awak~
Gayoung: Oh! Cikgu Seunghyun, Hai~
Seunghyun:  Dah bersedia untuk esok?
Gayoung: Sedia.
Seunghyun: Kalau awak ada apa apa masalah, awak boleh berjumpa dengan saya.
Gayoung: Jangan risau, saya yakin saya boleh lakukan. saya pergi dulu.

Keesokan harinya~

Kahi: Hai Cikgu Gayoung~
Gayoung: Hai~
Kahi: Sihat?
Gayoung: Saya sihat saja. Cikgu?
Kahi: Sihat. Saya tengok Cikgu ni macam berisi saja, kuat makan malam ke?
Gayoung: Oh! (sambil senyum) makan saya tak teratur sangat sejak semenjak ni.
Kahi: ye ke? mungkin awak terlalu memikirkan pasal anak anak murid awak.
Gayoung: Mungkin juga.
Kahi: Baiklah saya pergi dulu.
Gayoung: Baiklah.

3 Minggu lepas~

Gayoung: Abang?
Eunwoo: Ya?
Gayoung: Abang tak sihat ke? Bibir abang pucat.
Eunwoo: Entahlah, abang asyik muntah muntah saja 2-3 hari ni.
Gayoung: Jom kita pergi klinik?

Di klinik.

Doktor: Hmmm...
Gayoung: Kenapa dengan suami saya?
Doktor: Awak tak nak buat sebarang ujian pemeriksaan?
Gayoung: Saya?

Eunwoo dan Gayoung menjadi keliru~

Doktor: Mari?
Gayoung: Tapi saya?
Eunwoo: Pergi sajalah.

Selepas pemeriksaan Gayoung disahkan hamil 2 bulan.

Gayoung: Saya hamil! (dengan nada yang gembira)
Eunwoo: (Masih keliru) awak apa?
Doktor: Tahniah! isteri encik hamil 2 bulan.

Terpancar wajah kegembiraan Eunwoo bila dapat berita yang gembira itu.

Eunwoo: Jadi saya ni kenapa doktor?
Doktor: Mungkin awak kena alahan. Itu perkara biasa.

Majlis graduasi berjalan dengan sempurna dan jayanya. Eunwoo, Dino, Taehyung dan Jaejin lulus dengan cemerlang. Disamping itu, Eunwoo mengumpulkan rakan rakannya di bumbung sekolah untuk memberi tahu suatu perkara.

Dino: Suatu perkara?
Jaejin: Apa yang kau nak bagi tahu kami ?
Dino: Nampak macam serius?
Taehyung: Bagi tahulah cepat.
Eunwoo: Tunggulah kejap...
Gayoung: Hai semua.
Dino: Cikgu..
Jaejin: Cikgu pun ada?
Taehyung: Eunwoo cakap ada sesuatu nak bagi tahu kami.
Eunwoo: OK! OK! OK! aku ada satu pengumuman.
Kahi: (Menjerit dari bawah) Kamu yang dekat atas tu! jangan duduk tepi tu nanti jatuh! Dino?
Dino: Maaf!
Seunghyun: Budak budak ni.
Gayoung: Saya rasa Cikgu Kahi dan Cikgu Seunghyun pun patut tahu cerita ni.
Eunwoo: Ok! panggil mereka.
Gayoung: Cikgu Kahi! Cikgu Seunghyun!
Kahi: Cikgu ada dekat atas sana juga?
Seunghyun: Ada apa ya?
Gayoung: Marilah naik atas, saya ada sesuatu nak bagi tahu.
Seunghyun: sesuatu?
Kahi: Mari....

Sampai saja diatas...

Kahi: Apa yang awak nak bagi tahu kami ni?
Eunwoo: sebenarnya! saya....
Dino: Saya?
Eunwoo: Saya dah...
Jaejin: Ya?
Eunwoo: Saya.....
Seunghyun: Saya apa?
Eunwoo: Saya sebenarnya dah...
Taehyung: Dah.....
Eunwoo: Saya....
Kahi: Saya dah.. saya dah..! apa yang dah!
Gayoung: Kami dah berkahwin!
K/S/J/D/T: Oh! dah kahwin.... APA!!!
Gayoung: YA! Kami dah kahwin dah 9 bulan.

Semua orang masih terpinga pinga dan sangat terkejut.

Kahi: Betul ke ni Eunwoo?
Eunwoo: Ya! dan sekarang ni pun Gayoung sedang hamil anak sulung kami.
J/D/T: Hamil anak sulung!??
Seunghyun: Awak dah kahwin? sebab tu ke awak?
Gayoung: Saya harap awak faham.
Eunwoo: Kenapa?
Gayoung: Tak ada apa.
Dino: Wow! tak logik ni...
Jaejin: Aku setuju! yang ni memang tak logik.
Taehyung: Aku tengah bermimpi? ( cubit pipi sendiri) arhh! sakit!.
Kahi: Tahniah! Jaga Gayoung baik baik. Nanti dah bersalin bagi tahu saya, ya?
Eunwoo: Terima kasih.
Dino: Tahniahlah! (sambil tersenyum)
Taehyung: Tahniah!!!! (menangis paling over)
Jaejin: Tahniah! (Sambil tersenyum)
Eunwoo: Terima kasih! korang semua akan jadi pak cik tak lama lagi.
Kahi: Cikgu Seunghyun tak nak ucapkan tahniah kepada mereka?
Seunghyun: Tahniah~
Gayoung: Terima kasih.

Dengan pengakuan itu, akhirnya barulah Eunwoo dapat menghirup nafas lega setelah sekian lama merahsiakan statusnya itu, kini Eunwoo telah bekerja disyarikat ayahnya.Dengan gaji yang Eunwoo dapat diserahkan kepada Gayoung, Tapi ditolaknya dan Gayoung suruh Eunwoo simpan dan gunakan untuk masa depan anak anak.

Setahun setengah kemudian~

Eunwoo: Saya dah balik!
Gayoung: Papa dah balik! pergi peluk papa!
Eunwoo: Wah! anak papa mari sini!

Gayoung telah melahirkan anak kembar perempuan seiras

Gambar Hiasan

Kini kehidupan Eunwoo dan Gayoung sempurna dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka.Kini Eunwoo berhasrat untuk mempunyai anak kedua. Tidak itu sahaja! Seunghyun dan Kahi juga telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan hidup mereka masing masing

~~~TAMAT~~~



Khamis, Mei 19, 2016

[TEASER] My Wife Is My College Teacher

[TEASER]
My Wife Is My College Teacher


-WATAK UTAMA~



Eunwoo
(ASTRO Member)



Gayoung
(STELLAR Member)

----------------------------------------------------------------------------

Watak Sampingan:-

  • Dino (SEVENTEEN) - Rakan Sekelas Eunwoo.
  • Taehyung (BTS) - Rakan Sekelas Eunwoo.
  • Jaejin (FTISLAND) - Rakan Sekelas Eunwoo.
  • Seunghyun (FTISLAND) - Guru
  • Kahi (Former AFTERSCHOOL) - Guru


Khamis, Ogos 07, 2014

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 12


Ibu Chen mendekati mereka berdua yang tengah rancak bersembang di ruang tamu, Chen '' hahaha ... sepatutnya macam tulah,'' Shila habis dia yang buat macam tu, haha '' Ibu Chen '' boleh Mama tanya sesuatu ? '' Chen '' apa Mama ? '' Ibu Chen memandang tajam ke arah Shila. '' Siapa kamu sebenarnya! '' Shila '' Saya Shila~ '' Ibu Chen '' bukan itu yang aku maksudkan! kau nak sesatkan keluarga kami, kan! ''

Chen  terkejut, '' Mama! apa ni ? '' Ibu Chen '' Sayang! Mama cuma ada kamu saja sayang~ dia nak rampas kamu dari Mama! Mama tak boleh biarkan Kami terpengaruh dengan ajaran dia tu ! '' Shila '' saya tak rampas anak Puan pun, anak Puan sendiri yang nak mendalami agama saya, lagi pun agama saya bukan jenis agama yang memaksa.. jika pintu hati Chen terbuka untuk memeluk agama saya.Itu hak dia. Dia sendiri yang memilihnya tanpa paksa sesiapa~ ''

Orang gaji '' baju dah kering Tuan muda~ '' Shila '' bagi pada saya~ '' Shila mengambil semula bajunya dan masuk ke dalam bilik mandi untuk menukar pakaiannya~ Chen '' Mama ni kenapa? '' Ibu Chen '' dia islamkan! '' Chen '' kalau dia islam pun kenapa? '' Ibu Chen '' sebab islamlah! Papa kamu ceraikan Mama! '' Chen terkejut, Shila keluar dari bilik mandi dan terdengar dengan sendirinya~ Ibu Chen '' Papa kamu peluk islam tanpa pengetahuan Mama! dia pujuk Mama untuk memeluk islam tapi Mama menolak! '' Chen '' kenapa Mama tolong, kalau itu yang terbaik untuk keluarga kita! '' Sambil menitiskan air mata, begitu juga Ibu Chen.

Ibu Chen '' islam tu kejam! '' Shila '' tak! islam itu indah! Puan sebenarnya tak tahu apa itu islam yang sebenarnya! Puan hanya dengar dari mulut-mulut orang! '' Chen '' mari Shila kita balik sekarang '' Ibu Chen '' saya! jangan tinggalkan Mama sayang~ '' Chen '' bagi Jongdae masa untuk berfikir Mama~ ''

Dalam perjalanan pulang~
Shila '' saya rasa awak tak patut tinggalkan Mama awak macam tu '' Chen '' saya pun terpaksa '' Shila '' jadi? apa yang awak nak buat sekarang ? '' Chen '' saya buntu~ '' Tiba-tiba Shila teringat apa yang Luhan katakan di taman hari itu~

Luhan '' saya ramai kawan Islam dekat sini, kejiranan saya pun Islam ''

Shila pun menelefon Luhan~

DALAM TALIAN.
Luhan '' hello~ '' Shila '' hello, Luhan.. boleh saya jumpa awak esok  petang ? '' Luhan '' pagi nantikan boleh? '' Shila '' tak! petang nanti saja~ ''

Chen '' kenapa awak nak jumpa dia ? '' Shila '' adalah yang saya perlu tahu '' Chen '' perlu tahu ? ''

Lagu Tema :
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 11


Chen '' sebenarnya~'' Shila '' hmmm '' Chen '' sebenarnya~ '' Shila ''cakaplah? sebenarnya apa? '' Chen '' sebenarnya~ boleh tak awak angkat kaki awak tu(sambil menunjuk kebawah) '' Shila tidak perasan yang dia telah memijak kaki Chen.Shila '' awak ni! dah tahu saya terpijak tu,asal tak jerit saja '' Chen '' saja~ '' Shila '' saja? kenapa? '' Chen '' nak awak lama sikit dekat tepi saya '' mereka saling tertawa, Shila '' awak ni! haha ''

Imagine Music < 2NE1 - Lonely >
Shila '' kalaulah awak dapat berjumpa dengan ayah dan abang awak? apa yang awak nak buat? '' menyambung mengelap rambut Chen yang basah.Chen '' saya? saya nak peluk mereka sepuas-puasnya,main bola sepak sama-sama, memancing sama-sama ... banyak yang saya nak lakukan dengan mereka '' Shila '' kalau saya pun, macam-macam saya buat, saya harap awak jumpa dengan ayah dan abang awak '' Chen '' oh ya! pasal novel islamic tu ...... '' Shila '' lalalala~ hujan dah slow, jom balik~ '' Chen '' awak.. saya kurang fahamlah ceritanya  '' Shila '' lalalalala~ '' 

Dikawasan rumah Chen~
Shila '' awak cakap haritu awak dah habis baca dan faham jalan cerita tu? '' Chen '' tiba-tiba lupa~ '' Shila '' alasan~ '' Chen '' saya rasa nak mandi dululah~ awak bawa baju ke ? '' Shila '' tak,.. hujan turun pun, tanpa diduga.. '' Chen '' tak apalah~ kalau basuh sempat lagi. 

Chen '' pakai sabun pencuci yang paling wangi ya? '' Orang gaji '' baiklah, Tuan muda~ '' Ibu Chen '' buat apa tu ? '' Chen '' cuci baju~ '' Ibu Chen melihat sekeliling~ '' mana perempuan yang kamu bawa tadi? '' Chen '' tengah bersihkan diri, '' Ibu Chen '' bersihkan diri? '' Chen '' tadi kami pergi jalan-jalan tepi pantai tadi, tiba-tiba hujan kami berdua basah '' Shila memanggil Chen dari bilik mandi~ '' Shila '' Chen! '' Chen '' apa ? '' Shila '' awak ada tuala lebih tak ? '' Chen '' baju tu kan ada (max tak tau apa nama baju tu !! XD) ''
Shila '' saya nak tutup rambut saya ni '' Ibu Chen '' untuk apa? '' Chen '' untuk apa ? '' Shila '' dalam islam, aurat perempuan seluruh badan kecuali pengelangan tangan dan muka '' Chen '' ohh! saya ada baca tu, tunggu kejap '' Shila '' okay~ '' 

Ibu Chen '' buat panas badan je tutup bagai ni, tak rimas ke ? '' Shila '' rimas tu taklah sangat, tapi inilah agama kami ajar, setiap yang disuruh-Nya akan mendapat ganjaran.'' Ibu Chen '' jadi kamu nak kata agama kamu tu bagus! '' Shila '' ya! sebab agama saya adalah agama yang paling! paling! benar! '' Chen '' saya bawakan awak tuala ni, nah '' Shila menyambutnya dari dalam bilik.

Chen '' wah~ saya tak sangka pula towel tu pon boleh jadi hijab '' Shila '' hijab tak penting, yang penting aurat ditutup '' Chen '' awak tak ada buku lain ke ? '' Shila awak nak buku apa pula? '' Chen memimpin Shila ke ruang tamu.Ibu Chen '' siapa dia yang sebenarnya ni ? apa tu islam ? dan buku apa yang Jongdae baca ? ''


Lagu Tema :
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....

Selasa, Julai 29, 2014

What Is Islam? (Special Ramadhan) Part 10


Ibu Chen '' siapa ? '' Ibu Chen mendepani mereka.Ibu Chen agak terkejut! Shila '' apa khabar Puan~ '' Ibu Chen '' baik~ duduklah dulu ya ? Jongdae mari  '' Shila '' terima kasih~ '' Chen '' awak duduklah dulu,'' Pergi ke dapur~ Ibu Chen '' Sayang, siapa dia tu? bertutup kepala bagai! '' Chen '' Dia bukan dah bagi tahu nama dia ke ? '' Ibu Chen '' Maksud Mama, dia tu tak macam kita '' Chen '' betul tu Mama, kita terlalu banyak beza berbanding dia~ '' Ibu Chen '' maksud kamu ? '' Chen '' dia beragama islam~ '' Ibu Chen agak terkejut! '' Sayang! tahu tak kita ni tak sama agama dengan dia! lagi pun sayang! agama tu agama yang paling kejam! '' Chen '' Mama! Mama masih tak tahu lagi kebenarannya, agama Islam adalah agama yang benar ''

Agak huru-hara sedikit di dapur.Di samping itu,Shila melihat sekeliling kawasan ruang tamu dan kelihatan begitu teruja, Chen '' maaf kalau awak menunggu terlalu lama '' Shila '' ni gambar awak masa kecil ke ? '' Chen '' yap~ tak silap, masa ni saya baru masuk sekolah rendah '' Shila '' comel~ '' Chen '' awak nak tak berjalan-jalan tepi pantai dengan saya ? '' Shila '' marilah~ ''

Di tepi pantai~
Shila '' dah berapa lama awak tinggal dekat sini ? '' Chen '' Sejak umur saya 10 tahun, '' Shila '' ayah awak mana ? kerja ke ? '' Chen '' Ibubapa saya bercerai sebelum saya dilahirkan lagi dan masa tu Mama saya kata saya ada abang 3 tahun tua dari saya, Ayah saya bawa abang saya bersama dia. '' Shila '' maaf~ '' Chen ''tak apalah, awak tanya sebab awak tak tahu apa-apa '' Shila '' jadi~ awak dah pernah berjumpa dengan abang awak tu ? '' Chen '' tak pun, Mama cuma ada gambar masa dia 3 Tahun, jadi saya tak dapat nak bezakan dia yang sekarang~ '' Shila '' ada tak kulit-kulit kerang dekat sini? '' Chen '' jom cari ''

Imagine Music < Demi Lovato- Stay Strong >
Mereka berjalan-jalan di tepi pantai sambil mencari kulit-kulit kerang.. sampai di satu kawasan, terdapat banyak Kulit kerang dan mereka pun mengutipnya. Shila '' -dalam hati- saya minta maaf sangat-sangat.sepatutnya saya tak tanya semua tu, saya harap awak kuat dan berjumpa dengan ayah dah abang awak semula~ ''

Chen '' oh ya! Mama kata nama abang saya tu Luhan~ '' Shila terkaku! Chen '' awak? kenapa ni ? '' Shila '' T-Tak ada apa~ S-Si-Siapa nama dia tadi ? '' Chen '' Luhan~ '' Shila '' Luhan ahli mempertahankan diri tu ke ? '' Chen '' dia? heeee ... tak serupa pun dengan sayalah~ lagi pun nama Akhir kami berbeza '' Shila agak curiga '' yalahkan? lagi pun bukan dia seorang yang ada pakai nama macam tu ''

Imagine Music < F-ve Dolls - Cheated >
Hujan turun dengan tiba-tiba! Shila '' awak! hujanlah! '' Chen segera menanggalkan jaketnya dan menutupi Shila daripada hujan, '' Chen '' dekat sana ada pokok besar! kita berteduh dekat situ! '' Chen memimpin Shila ke pokok tersebut.Shila agak teruja dan terharu masa itu, '' jarang lelaki yang aku kenali bertindak sebegitu.Membiarkan diri sendiri kebasahan sedangkan perempuan itu dilindungi. '' setiba dipokok itu~ Chen '' kita beteduh dekat sini dululah.. hujan masih libat lagi ni '' Shila '' baiklah~ ''

Hujan masih lagi lebat~
Chen memeluk tubuh kesejukkan~ Shila '' awak sejuk ke ? '' Chen '' saya okay '' Shila mengeluarkan sehelai tuala yang di simpannya di dalam beg tangannya~, '' awak~ duduk sini~ '' Chen pun duduk disebelah Shila, Shila menutupi badan Chen yang basah dengan tuala itu sambil mengelap kering rambut Chen '' Chen '' sebenarnya~ '' Shila '' hmmm '' Chen '' sebenarnya saya....... ''

Lagu Tema :
Imagine Music < Shila Amzah - Patah Seribu >

To Be Continued....